Tuesday 30 December 2008

Norjayme-photoworx


Untuk tatapan dan ucap tahniah kepada Norjayme..Majlis berzikir dan doa selamat untuk putri mu yang comel.Semoga berbahagia di samping keluarga mu yg di cinta.Amin.

Karambunai-Photoworx

Kerusi Roda-Si penguna masih mampu untuk menikmati ciptaan Allah Maha Berkuasa.walaupun kenikmatan dan kesenangan hanya bergantung kepada kerusi ini untuk pergi kesuatu tempat.Aku kagum dan ku rakamkan nya supaya jadi ingatan dan persediaan kita di hari kelak.

Menikmati-Mandi manda di persisiran pantai yang indah memberi kepuasan kepada pengunjung.Tidak sedar hari berlalu dengan cepat memakan masa kita sedikit demi sedikit

Terdampar- sisa terumbu kerang yang terdapat di pantai nya.ternyata laut nya bersih dan berpenghuni dengan terumbu terumbu kerang yang memberikan perlindungan dan kehidupan bagi ikan ikan.

Hariku di karambunai membagi aku peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah maha Kuasa.Mata melihat dan ku rakam kan sebagai kenangan untuk ristaan di hari kelak.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah.

Monday 29 December 2008

Aku Dan Negeri Di bawah Bayu -Karambunai.

Sarapan pagi-part yang paling ku gemari iaitu sarapan pagi.Memakan apasaja makanan yang ada sehingga melatop parut.Disediakan bermacam macam makanan.. nasib perut ku nie jenis 1.0cc lau inda..

Isteri dan putriku-Keluargaku yang tersayang..

Sarah Farzana putriku-Berlari riang.mendapat ijazah diploma dalam berjalan semasa berumur 11 bulan.

View dari beranda bilik kami-Menghadap pantai sungguh selesa,aman dan santai

Kolam renang yang disediakan untuk tetamu tetamu nya (ani masih kosong tetamunya masih tidur hehhe.)

Di kelilingi dengan hutan hijau dan bukit yang tersergam indah di belakang resort ini.

Bar Senja dan Salai- Hanya di buka pukul 6 ptg hingga larut malam.

Sayap Timur (East Wing) di tempat aku sekeluarga menginap

Pokok Krismas yang mengiasi ruang lobi untuk menyambut Hari Natal yang akan menjelma.

Ruang Masuk Lobi-Berunsurkan atau berkonsepkan terbuka.(Angin pantai pun masuk)

Home Say it's Heaven-kata kata selamat datang dari NEXUS RESORT.

20hb Disember 2008 Sabtu.Aku dan keluargaku menginap di salah sebuah Family resort di Karambunai Kota Kinabalu yang bernama Nexus.. sebuah resort yang hebat dan tempat melepaskan diri dari kesesakan dan kesibukan hidup harian.. (tempat release tension).Suatu tempat yang aku kagum dan berbaloi bagiku yang berkeluarga.Ia amat aman.. no shopping.. jauh dari Bandar Kota Kinabalu.Berbaloi dan amat berpuas hati.Keselamatan di jaga oleh pengawal pengawal yang bertugas.Mempunyai pantai yang bersih dan panjang.Bukan itu saja permainan kayak dan sebagai nya ada di sediakan.di resort ini.Terlalu banyak untuk di kongsikan.

Sunday 28 December 2008

Aku dan Negeri Di Bawah Bayu.


Aku sekeluarga membuat kunjungan ke sabah untuk berehat dan melihat lihat keindahan negeri sabah.. perjalanan kami kesana memakan masa dari 12 jam ke 13 jam untuk sampai ke destinasi iaitu Karambunai -Nexus Resort.Perjalanan yang lama itu disebabkan uleh Traffic jam yang terpaksa di lalui di Pos Kawalan Kuala Lurah yang memakan masa 3 jam.. dan terpaksa beratur sepanjang 1km lebih untuk sampai ke Pos kawalan...alhamdullillah Putri ku sanggup bersabar dan khusyuk melihat cerita kegemaran nya HI 5.Aku sekeluarga terapaksa awal bangun dan menunggu dalam jam 5.30 di sana.

Traffic jam lagi di Terusan sebelum Lawas adalah cabaran terakhir.. arghhh.. sungguh pun demikian.. perjalanan tersbut penuh dengan gelak twa riang putri ku membuat ku leka dengan perhentian yang membosankan....

Nexus Karambunai-Terletak di luar Bandar Kota Kinabalu.. adalah sebuah Resort Keluarga.Tempat yang selesa bagi keluarga untuk lari dari kesesakan bandar dan release Tension.. kena limpas kan 1borneo around 10 to 15km.

Saturday 27 December 2008

Ulang tahun Pertama Putri Ku


Genap setahun pada 22 Disember 2008 ulang tahun pertama putriku Sarah Farzana.Setahun yang penuh dengan kebahagian dan pengalaman... Ku raikan di sebuah pantai supaya kau dapat bermain dan menjejaki nya di pantai yang indah ini.. merasai apa yang kau belum kau rasai...walaupun kau belum mengerti akan ulang tahun mu ini.. ku jadikan ia sebagai hadiah dan kenangan untuk kita sekeluarga... enigmatic dreamer

Wednesday 17 December 2008

Termenung-Photoworx


17hb Disember 2008.Rabu-Sekian lama tidak aku mengemaskini.. di sebabkan oleh sesuatu (sakit) yang tidak dapat di elakan. Ke semua lensa dan kamera hanya bersemadi dan bersendiri didalam kotak kering nya,maka aku terlena dan termanggu menahan sakit yang yang kian datang membuatkan aku lemah dan tak bermaya.

Berfikir sejenak "keindahan,kesenangan dan kenikmatan sekejap saja dapat diambil sedangkan kita hanyut mengejar apa yang ada di depan kita,kita harus ingat kepada Nya.. Pencipta dan kepada Nya kita kembali"-Enigmatic Dreamer

Sunday 7 December 2008

Jualan Amal Bibd-Photoworx

Ahad 7hb December 2008. Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berlangsung nya Jualan Amal BIBD bagi kutipan derma kepada Tabung Pusat Ehsan. Jualan ini menyediakan bermacam macam permainan bagi kanak2 dan orang2 dewasa dan juga barangan serta pakaian yang di jual secara garage sale.

Tahniah kepada Pegawai dan Kakitangan yang bertungkus lumus menjayakan kegiatan Amal dan Kebajikan ini.

Tarian Lagu poco-poco untuk memanaskan badan dan membuka minda disertai oleh kakitangan BIBD
Seorang dari peserta Jualan Amal BIBD tidak melepaskan peluang untuk menari LAgu poco poco.. (calie jua nama lagu nya hahhaha)

Retile Show-Salah satu pameran yg dapat di saksikan Di jualan Amal BIBD.Terdapat Seekor Ular Sawa a.k.a Penalan... adek beradek kepada Anakonda versi WesternRilex dan Berani-Di nasihatkan kepada individu yang mengalami lemah jantung atau phoebia dengan binatang panjang tak berkaki jangan mencuba.Hanya untuk individu terlatih dan mempunyai semangat mcm Crocodile Dundee.

Video Makan Cepat Di ambil dengan Camera Digital

Salah satu permainan Mini golf yang dapat dimain di Jualan Amal BIBD.


Mr Bun a.k.a Tiger Bun Wood melihat kan skill Putting nya di dapan kelayak ramai...

Saturday 6 December 2008

BIBD Charity Sale


Datanglah beramai ramai untuk memeriahkan lagi Jualan Amal BIBD.

Sunday 30 November 2008

Pernikahan-Photoworx





b

Pada 30hb November 2008-Ahad ,Rimba Gadong-Adalah saat bersejarah bagi dua mempelai ini.Pernikahan di antara Nurkhalisah dan Mohd Zulhilmi.Permulaan yang baru sebagai suami dan isteri.Aku berkesempatan merakamkan sedikit sebanyak suasana pernikahan mereka berdua...Semoga kamu berdua berbahagia keanak cucu Amin-Dari Enigmatic Dreamer sekeluarga

Tuesday 25 November 2008

Arsenal Gunned Down-Photoworx

21hb November 2008-kekalahan Arsenal Fan Football club dapat di rasai uleh Penyokong2 setia.!Dimana Arsenal Fan football Club telah tewas 5-3 kepada Man U Fan Football club. Di padang Kebajikan Belia & sukan. Dalam keadaan padang yang basah dan licin akibat dari hujan yang lebat memberi kesukaran kepada pemain2 untuk mengatur dan menyusun permainan.(byk aksi aksi ganas belaku).Walaupun setelah ketinggalan 2-o di awal minit ke 20, Arsenal FFC mampu bangkit seri di minit ke 30 atas usaha barisan serangan yang agak tumpul d awal minit kerana inda cukup panas dan mendahului permainan (bagaikan di rasuk) di akhir minit sebelum wisel separuh masa di bunyi kan (3-2).

Akan tetapi nasib dan kekalokan tidak meyebelahi Arsenal FFC,Manu U FFC menukar beberapa pemain2 sensasinya dan menguasai kawasan tengah hingga membuah kan hasil membuat jaringan dari tendangan bebas dari MR BUN (C.Ronaldo) dan tandukan tajam hala halintar pemain nya Yus dari tendangan sudut dan percubaan yang baik dan berbisa dari G noh.. membuatkan MAN U FFC mendahului dan sekaligus memenangi perlawan tersebut 5-3 (arghh!)...sekian

(kalau ada semur di ladang buleh kita menumpang mandi,kalau ada umur panjang buleh lah kita menumpang mandi LAGI..)

Akan Datang :ARSENAL FFC Vs LIVERPOOL FFC



Semangat Juang Arsenal dan penyokong2 sebelum perlawanan bola sepak persahabatan pada 21hb... Sarah Penyokong termuda Arsenal.

Monday 17 November 2008

Akan Datang Fan Football match-Photoworx


Pada julung kalinya BIBD akan mengadakan perlawanan bola sepak yang dibawa secara exclusive dan unggul perlawanan di antara Penyokong pasukan gergasi.Malam yang panjang bagi pemain pemain.Saksikan 2 gergasi bolasepak beradu tenaga.. menyepak bola sebiji di kejar ramai ramai...tak sedar peluh bertaburan.Siapakah yang bakal menjadi team penyokong yang gagah.Sama sama kita nantikan pada hari jumaat ini. Masuk adalah percuma.
Maju Sukan untuk Negara~~~

Saturday 15 November 2008

BC RICH IRONBIRD NJ SERIES-Photoworx

Pada suatu ketika dulu .. kepada bandmateku khas untuk kamu semua.

Sunyi bukan bererti tak berpenghuni.
Diam bukan bererti ia bisu
Tengelam bukan bererti ia berat
Semangat itu tidak akan hilang.

Dari:Halintar dari kota kegelapan

Greatest M-Photoworx


dex of greatest M.always on the move.

Serigala Terbang a.k.a Flying fox-Photoworx

15hb November di Dst KarnivaL.

Thursday 13 November 2008

Terfikir Sejenak-Photoworx


Apa yang kau sedang fikirkan.Sesungguhnya dunia lebih jauh dan penuh misteri untuk kau tulis dalam fikiran mu dan lebih banyak pekara yang akan kau tahu di hari kelak-Enigmatic Dreamer

lensa dari pondok buruk-Photoworx


2hb November 2008 -Amateur lens duduk melepaskan lelah nya setelah berjam jam di jalanan.sungguh pun demikian dia tidak pernah berhenti atau melepaskan peluang untuk mengambil gambar yang akan menjadi kenangan nya.Duduk di tangga dihadapan sebuah pondok buruk mengambil gambar meluru kearah sebuah tasek yang berdekatan.Ternyata semangatnya tidak pernah luntur- Enigmatic Dreamer

Monday 10 November 2008

Pengayuh Beca

Di bandar yang maju dengan pembangunan semua leka dengan mengejar kehidupan yang mewah yang bukan abadi.Sementara aku pengayuh basikal beca hanya hidup demi sesuap nasi.Kaki ku mengayuh seolah seperti jentera yang tidak mengenali erti letih dan lelah dan memberi kesenangan kepada orang yang ikut. Mengayuh dari hujung bandar kehujung bandar mencari penumpang sedangkan mereka lebih selesa dengan kenderaan moden di masa ini.Apalah aku hanya seorang pengayuh beca yang hidup di bandar moden-Enigmatic dreamer


Saturday 8 November 2008

Hanya Dengan Berperahu-Photoworx


Gambar ini di ambil semasa kami berada di Kg Sukang.Berehat selepas perjalanan yang memakan masa selama 4 jam.Kelihatan penduduk kampung Sukang lebih mengunakan perahu daripada kenderaan lain dan ia amat mudah dari mengunakan kereta.

Wednesday 5 November 2008

Photoworx-Road to Sukang

Endurance and passion..ATV-ALL TERRAIN VEHICLEPhotoworx for Brunei ATV Riders.

Tuesday 4 November 2008

Codename:S U K A N G part2

Mahdini (Brunei ATV Riders)... Thumbs up!!! hehehe..
Brunei Atv Riders.
Berhenti sekejap untuk merehatkan badan selepas perjalanan yang jauh dan mencabar.
Brunei ATV Riders.Perjalanan masih jauh...
Melalui jalan batu yang di penuhi uleh debu debu.(di awal perjalanan selepas long Mayan)
Brunei ATV Riders in full Gear.Berhenti sebentar untuk berehat.
Megat9 a.k.a shaiful adalah salah seorang dari pada Brunei ATV riders.Terima kasih di atas kerjasama mereka.