Sunday 30 November 2008

Pernikahan-Photoworx





b

Pada 30hb November 2008-Ahad ,Rimba Gadong-Adalah saat bersejarah bagi dua mempelai ini.Pernikahan di antara Nurkhalisah dan Mohd Zulhilmi.Permulaan yang baru sebagai suami dan isteri.Aku berkesempatan merakamkan sedikit sebanyak suasana pernikahan mereka berdua...Semoga kamu berdua berbahagia keanak cucu Amin-Dari Enigmatic Dreamer sekeluarga

Tuesday 25 November 2008

Arsenal Gunned Down-Photoworx

21hb November 2008-kekalahan Arsenal Fan Football club dapat di rasai uleh Penyokong2 setia.!Dimana Arsenal Fan football Club telah tewas 5-3 kepada Man U Fan Football club. Di padang Kebajikan Belia & sukan. Dalam keadaan padang yang basah dan licin akibat dari hujan yang lebat memberi kesukaran kepada pemain2 untuk mengatur dan menyusun permainan.(byk aksi aksi ganas belaku).Walaupun setelah ketinggalan 2-o di awal minit ke 20, Arsenal FFC mampu bangkit seri di minit ke 30 atas usaha barisan serangan yang agak tumpul d awal minit kerana inda cukup panas dan mendahului permainan (bagaikan di rasuk) di akhir minit sebelum wisel separuh masa di bunyi kan (3-2).

Akan tetapi nasib dan kekalokan tidak meyebelahi Arsenal FFC,Manu U FFC menukar beberapa pemain2 sensasinya dan menguasai kawasan tengah hingga membuah kan hasil membuat jaringan dari tendangan bebas dari MR BUN (C.Ronaldo) dan tandukan tajam hala halintar pemain nya Yus dari tendangan sudut dan percubaan yang baik dan berbisa dari G noh.. membuatkan MAN U FFC mendahului dan sekaligus memenangi perlawan tersebut 5-3 (arghh!)...sekian

(kalau ada semur di ladang buleh kita menumpang mandi,kalau ada umur panjang buleh lah kita menumpang mandi LAGI..)

Akan Datang :ARSENAL FFC Vs LIVERPOOL FFC



Semangat Juang Arsenal dan penyokong2 sebelum perlawanan bola sepak persahabatan pada 21hb... Sarah Penyokong termuda Arsenal.

Monday 17 November 2008

Akan Datang Fan Football match-Photoworx


Pada julung kalinya BIBD akan mengadakan perlawanan bola sepak yang dibawa secara exclusive dan unggul perlawanan di antara Penyokong pasukan gergasi.Malam yang panjang bagi pemain pemain.Saksikan 2 gergasi bolasepak beradu tenaga.. menyepak bola sebiji di kejar ramai ramai...tak sedar peluh bertaburan.Siapakah yang bakal menjadi team penyokong yang gagah.Sama sama kita nantikan pada hari jumaat ini. Masuk adalah percuma.
Maju Sukan untuk Negara~~~

Saturday 15 November 2008

BC RICH IRONBIRD NJ SERIES-Photoworx

Pada suatu ketika dulu .. kepada bandmateku khas untuk kamu semua.

Sunyi bukan bererti tak berpenghuni.
Diam bukan bererti ia bisu
Tengelam bukan bererti ia berat
Semangat itu tidak akan hilang.

Dari:Halintar dari kota kegelapan

Greatest M-Photoworx


dex of greatest M.always on the move.

Serigala Terbang a.k.a Flying fox-Photoworx

15hb November di Dst KarnivaL.

Thursday 13 November 2008

Terfikir Sejenak-Photoworx


Apa yang kau sedang fikirkan.Sesungguhnya dunia lebih jauh dan penuh misteri untuk kau tulis dalam fikiran mu dan lebih banyak pekara yang akan kau tahu di hari kelak-Enigmatic Dreamer

lensa dari pondok buruk-Photoworx


2hb November 2008 -Amateur lens duduk melepaskan lelah nya setelah berjam jam di jalanan.sungguh pun demikian dia tidak pernah berhenti atau melepaskan peluang untuk mengambil gambar yang akan menjadi kenangan nya.Duduk di tangga dihadapan sebuah pondok buruk mengambil gambar meluru kearah sebuah tasek yang berdekatan.Ternyata semangatnya tidak pernah luntur- Enigmatic Dreamer

Monday 10 November 2008

Pengayuh Beca

Di bandar yang maju dengan pembangunan semua leka dengan mengejar kehidupan yang mewah yang bukan abadi.Sementara aku pengayuh basikal beca hanya hidup demi sesuap nasi.Kaki ku mengayuh seolah seperti jentera yang tidak mengenali erti letih dan lelah dan memberi kesenangan kepada orang yang ikut. Mengayuh dari hujung bandar kehujung bandar mencari penumpang sedangkan mereka lebih selesa dengan kenderaan moden di masa ini.Apalah aku hanya seorang pengayuh beca yang hidup di bandar moden-Enigmatic dreamer


Saturday 8 November 2008

Hanya Dengan Berperahu-Photoworx


Gambar ini di ambil semasa kami berada di Kg Sukang.Berehat selepas perjalanan yang memakan masa selama 4 jam.Kelihatan penduduk kampung Sukang lebih mengunakan perahu daripada kenderaan lain dan ia amat mudah dari mengunakan kereta.

Wednesday 5 November 2008

Photoworx-Road to Sukang

Endurance and passion..ATV-ALL TERRAIN VEHICLEPhotoworx for Brunei ATV Riders.

Tuesday 4 November 2008

Codename:S U K A N G part2

Mahdini (Brunei ATV Riders)... Thumbs up!!! hehehe..
Brunei Atv Riders.
Berhenti sekejap untuk merehatkan badan selepas perjalanan yang jauh dan mencabar.
Brunei ATV Riders.Perjalanan masih jauh...
Melalui jalan batu yang di penuhi uleh debu debu.(di awal perjalanan selepas long Mayan)
Brunei ATV Riders in full Gear.Berhenti sebentar untuk berehat.
Megat9 a.k.a shaiful adalah salah seorang dari pada Brunei ATV riders.Terima kasih di atas kerjasama mereka.

Monday 3 November 2008

CODENAME:SUKANG

Pemandu Yamaha Raptor 660Brunei ATv RidersAku dan Amateur lens (liatkan muka fit tu) hahhahaKotoran Degil dan Canon
Jeep ku dan Kg Sukang.. Check point

CODENAME:SUKANG nama Project yang akan memberi detik bersejarah pencapaian kami berdua (aku dan Amateur Lens) yang akan memberi kenangan untuk selama lama nya.2hb November 2008 Ahad 0730hrs aku dan Amateur lens berganding bahu mengadakan Photoshoot with Brunei ATV rider a.k.a Pemandu All Terrain Vehicle Brunei.Lokasi tempat Sukang dan di kenali Ulu belait yg begitu agak terpencil dan pejalanan yg mencabar minda dan kehandalan memandu kenderaan pacuan 4 roda dan ATV.Allhamdullilah kereta Jeep Suzuki Samurai (aiya!!) ku dapat bertahan ke destinasi dan balik dengan selamat walaupun kehilangan Front bumper dan Plate lesen (dapan belakang hahah).. that things gonna cost around 200(cincai) but the pengalaman is PRICELESS.Terima kasih kepada Brunei ATV Riders yg bersama sama menjayakan ekspedisi ini walaupun memenatkan.Physically and Mentally Fit (MUST!!)Perjalanan pergi dan balik memakan masa 7-8 jam dalam keadaan jalan yang begitu tidak selesa.. jangan harapkan jalan hi way (mana ada jalan rata).

Terlalu banyak pengalaman kami untuk di kongsi bersama especially semasa kami menuju balik dalam keadaan hutan di kiri kanan kami yg begitu ....... (tak tau ler nak di katakan mcm mana).
Terima kasih kepada Persatuan Brunei ATV Riders yang berpengalaman merentasi hutan.Terima kasih kerana sanggup menunggu kami di Long Mayan. hehhee kami terpaksa perlahan.. kang inda balik hehehee :).Terima kasih kepada Amateur Lens yang begitu penyabar sebagai kru dan sahabat seperjuangan dan teman bicara lol :) (ingatkan masa tani otw balik lol)
Nota untuk BRUNEI ATV RIDERS: Gambar gambar akan di berikan kepada Megat Tiger Pemandu ATV Merah Kg Lamunin (Ada CAp Harimau di Tangki nya)hehe :)



Next Project: Coming Soon