Tuesday, 20 January 2009

Mata dan lensa ku di Sawah Padi Wasan

Ikut resmi padi bak kata urang tua tua. semakin berisi semakin runduk (tunduk)..semakin kita berpangkat atau berharta dan berpengetahuan semakin kita rendah diri.Jadikan lah ia sebagai tema hidup dan pegangan.

*Kelihatan musim menuai sudah hampir tiba.

Di tengah tengah sawah padi Wasan.

Awan tebal menghampiri sebelum datangnya hujan.

20hb January 2009 selasa- Petang yg mendung didalam keadaan cuaca yang tidak menentu . Aku dan Amir mengambil risiko mengadakan photoshoot di kawasan Sawah Padi Wasan di Pengkalan Batu.Sebenarnya tujuan kami adalah hendak menuju kesebuah sawah padi terletak di hujung jalan Kg Lamunin tetapi ternyata tujuan kami tidak kesampaian kerana disebabkan oleh jalan yang menuju ke tempat tersebut banjir. Kami terpaksa patah balik dan menuju ke Wasan.Semasa kami sampai di wasan cuaca disana mendung dan gelap dan kami cuma ada berapa minit saja untuk melakukan photoshoot tersebut.Insyallah sekira dizinkan kami akan kembali kesini .. terima kasih Amir ..next time lagi.

nota: sediakan kasut boot.

No comments: